MENGUNGKAP SEJARAH PETA MISTERI

Pada tahun 1929, beberapa orang cendekiawan yang sedang bekerja di dalam Muzium Istana Topkapı telah menemukan serpihan kecil peta dunia Turki yang berusia awal 16 abad lamanya yang dilukiskan di atas kulit kijang. Peta itu ditandatangani oleh seorang kapten bernama Piri ibn Hajji Mohammed Reis (yang membawa maksud "Admiral" atau "Laksamana"), dan peta itu bertarikh 1513. Kini dikenali sebagai "Peta Amerika" yang terkenal, ianya dibuat hanya 21 tahun selepas Christopher Columbus sampai ke "Dunia Baharu".
 
PETA DUNIA YANG SANGAT TERPERINCI
 
Peta itu telah menawan dan membingungkan cendekiawan selama bertahun-tahun. Butirannya yang begitu tepat dan terperinci mengenai benua Amerika Utara dan Selatan yang agak baru ditemui, serta garis yang diplot, dapat memberi gambaran bahawa carta itu dibuat oleh seorang kartografer yang telah mendahului zamannya.
 
Bukan itu sahaja, peta itu juga memperlihatkan dan menggambarkan Antartika, di mana kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa benua itu tidak dikesan oleh orang Eropah sehingga 1820. Dan yang lebih mengagumkan, Piri Reis menggambarkan benua tersebut tanpa sebarang selimut ais. Ya! Pada asalnya, Antartika bukanlah sentiasa dikenali sebagai benua ais, ia pernah menjadi sebuah tempat yang hijau dan tumbuh dengan flora dan fauna.
 
Uniknya peta ini, ianya tidak dilukiskan berdasarkan pengalaman peribadi Piri Reis mengembara atau belayar, seperti yang  dijangkakan sesetengah pihak. Beliau melukiskan peta-nya dengan merujuk dan menggabungkan 20 peta wilayah; peta Arab yang memperlihatkan India; 4 peta Portugis yang menunjukkan India dan China; dan peta pantai dan pulau-pulau "Dunia Barat," yang dilukis oleh Columbus.

Fakta terakhir inilah yang menjadikan penemuan semula peta Piri Reis telah membuatkan ahli sejarah di seluruh dunia berasa teruja. Ini disebabkan peta terakhir  Columbus yang disebutnya semasa pelayaran ketiganya ke Dunia Baru telah hilang selama bertahun-tahun selepas menghantarnya ke Sepanyol pada tahun 1498. Kini, berdasarkan peta Piri Reis, kita dapat melihat kembali apakah yang telah dicatatkan oleh Columbus.

Selepas bertempur bertahun lamanya di atas lautan, Piri Reis bersara di Gallipoli, dimana beliau telah mencipta peta ikonik 1513 itu dan menulis Kitab-ı Bahriye (The Book of Sea Lore), sebuah buku manual navigasi pelayaran.

15 tahun selepas itu (1528), Piri Reis membuat sebuah lagi peta dunia yang mana kira-kira hanya 1 per 6 sahaja yang terselamat. Peta ini meliputi bahagian barat laut Atlantik, dan Dunia Baru dari Venezuela ke Newfoundland, serta hujung selatan Greenland.
 
Kagum dengan isi peta dunia yang padat dan hampir sempurna itu, ahli sejarah merasa agak kesal dan terkilan kerana hanya serpihan peta dunia pertama ditemui. Pencarian bahagian lain tidak membuahkan hasil. Ramai tertanya tanya mengapakah Piri Reis berdiam diri dan tidak membuat sebarang karya di antara tahun 1513 dan pada tahun1528, dimana dia membuat peta kedua daripada kedua-dua peta itu, dan kemunculannya semula pada pertengahan abad ke-16 sebagai kapten Uthmaniyyah di Laut Merah dan Lautan Hindi.
Posted in Default Category on December 08 2023
Comments (0)
No login
gif
color_lens
Login or register to post your comment