🔺Sepintas lalu kejadian setakat Ahad, 10am (waktu Gaza):
1/ Penduduk Palestin yang berlindung di Hospital al-Shifa Gaza merayu bantuan daripada masyarakat antarabangsa dalam keadaan mereka dikepung kereta kebal rejim.
2/ Pengarah hospital, Muhammad Abu Salmiya berkata, bayi yang dilahirkan pramatang berada dalam keadaan tidak stabil dan sesiapa sahaja yang bergerak dalam kawasan hospital akan diserang oleh penembak tepat rejim Israel.
3/ Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata ia telah ke... more🔺Sepintas lalu kejadian setakat Ahad, 10am (waktu Gaza):
1/ Penduduk Palestin yang berlindung di Hospital al-Shifa Gaza merayu bantuan daripada masyarakat antarabangsa dalam keadaan mereka dikepung kereta kebal rejim.
2/ Pengarah hospital, Muhammad Abu Salmiya berkata, bayi yang dilahirkan pramatang berada dalam keadaan tidak stabil dan sesiapa sahaja yang bergerak dalam kawasan hospital akan diserang oleh penembak tepat rejim Israel.
3/ Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata ia telah kehilangan komunikasi dengan 'taliannya' di dalam Hospital al-Shifa.
4/ Hospital lain turut diserang. Dua doktor telah terbunuh, dan beberapa individu yang kehilangan tempat tinggal telah cedera, berikutan pengeboman tentera rejim Israel di sekitar Hospital Bersalin Mahdi di kawasan kejiranan al-Nasr.
5/ Pejabat Program Pembangunan PBB di Gaza telah dibedil malam tadi, Achim Steiner, ketua UNDP, turut menambah bahawa terdapat laporan kematian dan kecederaan.
6/ Kumpulan bersenjata Lubnan, Hezbollah telah menggembar-gemburkan penggunaan senjata baharu menentang rejim Israel dan berjanji bahawa barisan hadapan menentang musuhnya akan kekal "aktif".
7/ Menteri Pertahanan rejim Israel, Yoav Gallant telah memberi amaran kepada Hizbullah supaya tidak terlibat dalam konflik, dan jika mereka melakukannya, Beirut berisiko besar diserang seperti Gaza.
8/ Tel Aviv: Ribuan rakyat haram berhimpun menggesa pembebasan tawanan yang ditahan oleh Hamas.
9/ Perarakan besar-besaran diadakan di bandar-bandar seluruh dunia termasuk New York, London, Paris, Baghdad, Karachi, Berlin dan Edinburgh; menyeru gencatan senjata segera di Gaza dilaksanakan.
Briged Al Qassam mengeluarkan poster ini dengan mesej:سهام القدر🔻"Arrows of destiny".Mesej yang jelas kepada penjajah bahawa kereta kebalnya dan semua pasukannya berada dalam jangkauan senjata Al-Qassam..... moreBriged Al Qassam mengeluarkan poster ini dengan mesej:
سهام القدر
🔻
"Arrows of destiny".
Mesej yang jelas kepada penjajah bahawa kereta kebalnya dan semua pasukannya berada dalam jangkauan senjata Al-Qassam.